X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Kertas siasatan Ebit Lew telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Abd Jalil
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan pendakwah popular, Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

"Bagaimanapun kita meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober lalu, beliau berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!