X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Kes positif Covid-19 meningkat, 3,683 rekod hari ini

Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 negara kembali mencatatkan peningkatan dengan 3,683 kes positif Covid-19 pada Rabu berbanding 2,897 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini ialah 2,750,516 kes.

“Kes harian itu melibatkan 3,444 kes tempatan yang merekodkan 3,325 warganegara dan 119 bukan warganegara.

“Sementara itu, sebanyak 239 kes import pula melibatkan 219 warganegara dan 20 bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, daripada 3,683 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 56 kes merupakan kategori tiga, empat dan lima, manakala 3,627 kes bagi kategori satu dan dua.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,322 kes dicatatkan menjadikan kumulatif pesakit pulih ialah 2,677,406 kes.

Beliau berkata, sebanyak 288 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 162 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, enam kluster baharu dikesan menjadikan jumlah yang masih aktif ialah 227 kluster, manakala kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini adalah 0.93 setakat Rabu.

"Sehingga jam 3 petang ini, tiada kes Covid-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah kekal sebanyak 434 kes," kata beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!