Covid-19: Pertambahan 1.6 juta kes dunia dalam sehari

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 53 juta kes.- Foto AFP
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 53 juta kes.- Foto AFP
A
A
A

TERDAPAT pertambahan 1.6 juta kes Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Penambahan jutaan kes baharu itu kini menjadikan bilangan kes Covid-19 global berjumlah 282.4 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 53 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.

United Kingdom catat lebih 12.4 juta kes, manakala Rusia lebih 10 juta, sementara Turki dan Perancis kini catat lebih 9 juta kes.

Sepanyol melebihi enam juta kes, Argentina dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes dan Thailand dengan 2.2 juta kes.

Artikel Berkaitan:

Manakala Singapura merekodkan lebih 278,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.4 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 817,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 618,000 kes, India lebih 479,000 kes dan Rusia lebih 299,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 298,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 89,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 51,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. - Awani