X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Jemaah umrah di Perak dikesan positif Omicron

Mohd Akmal
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak mengesahkan menerima satu lagi kes positif Covid-19 varian Omicron membabitkan seorang individu yang pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, kes melibatkan warga tempatan itu merupakan kes kedua dikesan di negeri ini selepas seorang pelajar wanita bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan pada November lalu.

"Kes kedua ini melibatkan rakyat tempatan yang pulang dari mengerjakan umrah dan dikesan dijangkiti varian berkenaan ketika dikuarantin.

"Setakat ini kita dapat mengesan seorang sahaja. Dengan usaha yang dilakukan kerajaan dapat mengekang virus ini daripada tersebar luas. Setakat ini, kes di Perak masih lagi terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat Negeri Perak di sini pada Selasa.

Mohd Akmal berkata, kesemua jemaah umrah kini dipakaikan gelang digital serta dipantau pejabat kesihatan daerah.

"Kerajaan bertindak cepat dengan mengesan kontak rapat termasuk mereka yang menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semua didapati negatif," katanya.

Beliau turut menasihatkan peserta umrah supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan melaksanakan kuarantin selama tujuh hari.

"Jangan mereka yang balik dari umrah menganggap perkara ini sebagai remeh kerana tiada simptom hingga menerima tetamu, rupa-rupanya tidak sedar ada membawa virus ini.

"Kita juga meminta kerjasama semua pihak termasuk agensi pelancongan untuk mengingatkan peserta agar terus berdisiplin menjalani kuarantin bagi mengekang penularan varian ini daripada terkena sahabat atau ahli keluarga lain," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!