PPM Selangor teruskan misi bantuan pasca banjir di Taman Sri Muda

Pasukan elektrikal PPM giat membaik pulih peralatan elektrik di masjid dan madrasah tahfiz yang rosak akibat ditenggelami air banjir di Taman Sri Muda.
Pasukan elektrikal PPM giat membaik pulih peralatan elektrik di masjid dan madrasah tahfiz yang rosak akibat ditenggelami air banjir di Taman Sri Muda.
A
A
A

Shah Alam - Pasukan Polis Marin (PPM) Selangor meneruskan misi bantuan pasca banjir dengan menghantar pasukan elektrikal ke Masjid Al-Falah dan madrasah tahfiz di Taman Sri Muda Seksyen 25 di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah PPM Selangor, Deputi Superintendan Hazri Zakaria melalui kenyataan pada Isnin memaklumkan, seramai 12 pakar dalam bidang elektrikal dihantar untuk menyelenggara sistem pendawaian, sistem bunyi dan pendingin hawa di masjid dan surau tersebut.

Kenyataan berkenaan turut menyebut, mis disertai Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosman Ismail.

"Sebelum itu kami telah menjalankan pembersihan dan pada Ahad kita menumpukan kerja-kerja elektrikal yang rosak teruk akibat ditenggelami air," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan berkenaan, pemeriksaan mendapati sistem amplifikasi elektronik dan dua set projektor perlu diselenggara dan akan di bawa balik ke bengkel PPM Selangor untuk diselenggara.

"Perkakas elektrik yang lain-lain berjaya dibaiki dan anggaran keseluruhan nilai barangan elektrik yang diselamatkan ialah RM40,000," katanya.

Beliau memberitahu, peruntukan yang ada digunakan untuk membaik pulih kesemua peralatan elektrik itu.

Artikel Berkaitan: