Orang Asli Bateq syukur banjir tidak seteruk 2014

Banjir di Kampung Aring 5 kali ini tidak seteruk ketika banjir (Bah Kuning) pada tahun 2014.
Banjir di Kampung Aring 5 kali ini tidak seteruk ketika banjir (Bah Kuning) pada tahun 2014.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkampungan Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan turut terjejas banjir selepas hujan tanpa henti baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Aring 5, Mohd Fazli Mamok, banjir kali ini tidak seburuk yang pernah dialami para penduduk pada tahun 2014.

"Hanya separuh rumah penduduk di sini yang ditenggelami air akibat banjir dan kami hanya berlindung di dalam rumah, tidak ke mana-mana," katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Orang Asli Bateq hanya berlindung di rumah masing-masing ketika banjir yang melanda baru-baru ini.
Orang Asli Bateq hanya berlindung di rumah masing-masing ketika banjir yang melanda baru-baru ini.

Mohd Fazli yang juga guru agama di kampung terbabit berkata, keadaan banjir kali ini masih terkawal dan jalan-jalan utama memasuki kawasan perkampungan juga telah boleh dilalui oleh kenderaan.

"Berbeza dengan banjir pada tahun 2014, ada penduduk yang terpaksa membawa keluarga berpindah ke kawasan bukit berdekatan bagi menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Untuk rekod, banjir di Lembangan Sungai Kelantan pada Disember 2014 yang juga dikenali sebagai Bah Kuning merupakan salah satu banjir terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.

Dilaporkan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan mencecah 170,000 orang daripada lebih kurang 36,000 buah keluarga yang ditempatkan dalam 309 buah tempat pelindungan melibatkan lapan daerah.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian kawasan di Kampung Orang Asli Bateq di Aring 5 yang dinaiki air banjir.
Sebahagian kawasan di Kampung Orang Asli Bateq di Aring 5 yang dinaiki air banjir.

Jajahan Kota Baharu mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

Sebelum ini, komuniti masyarakat Orang Asli Bateq di Aring 5 pernah menarik perhatian ramai apabila bertindak pindah bersembunyi jauh di dalam hutan bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19.

Mungkin tindakan tersebut kedengaran asing buat masyarakat moden di bandar besar namun bagi Orang Asli Bateq ini mereka sudah terbiasa berasimilasi bersama alam semula jadi.

Keadaan jalan memasuki kawasan Orang Asli Bateq di Aring 5 yang dilimpahi air banjir.
Keadaan jalan memasuki kawasan Orang Asli Bateq di Aring 5 yang dilimpahi air banjir.

Maka tidak hairanlah, mereka memilih untuk mencari perlindungan di dalam hutan sehingga keadaan dirasakan selamat untuk mereka kembali ke rumah masing-masing.

Kaedah bersembunyi di dalam hutan itu bukan kali pertama dilakukan malah sebelum ini juga Orang Asli Bateq pernah berbuat demikian berikutan jangkitan penyakit campak yang telah mengakibatkan kematian dalam kalangan masyarakat mereka.