X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Kerajaan longgarkan kaedah perolehan tangani impak banjir: MOF

Tengku Zafrul - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melonggarkan kaedah perolehan untuk usaha pemulihan banjir tahun ini, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, peruntukan awal RM100 juta telah disediakan untuk usaha pemulihan pascabanjir, termasuk pembersihan dan pembaikan kawasan perumahan dan infrastruktur awam.

“Bagi menyegerakan dan memudahcara pelaksanaan kerja pemulihan pascabanjir, Kementerian Kewangan (MOF) pada 21 Disember 2021 telah mengeluarkan garis panduan berhubung kelonggaran kaedah perolehan untuk kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, MOF juga berkongsi laporan yang telah dikemaskinikan bagi beberapa peruntukan dan langkah-langkah tambahan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani impak bencana banjir.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!