Uniten KSHAS prihatin nasib mangsa banjir

Sukarelawan dari Uniten KSHAS turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Mentakab Temerloh pada Sabtu.
Sukarelawan dari Uniten KSHAS turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Mentakab Temerloh pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kesempatan cuti umum sempena Krismas digunakan sukarelawan dari Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (Uniten KSHAS) untuk membantu mangsa banjir di sekitar Mentakab, Temerloh, pada Sabtu.

Misi bantuan di Kampung Mambang Berulang dan Taman Mentakab Indah, Mentakab turut melibatkan wakil dari UNI10 Care dengan kerjasama Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (PTNB) Cawangan Muadzam Shah.

Ahli Jawatankuasa UNI10 Care, Noor Mazura Ahmad berkata, dua lokasi itu antara kawasan yang terjejas teruk dan kebanyakan rumah tenggelam.

"Dalam misi itu juga kami menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH).

Nor Mazura yang juga Setiausaha PTNB Muadzam Shah berkata, sebelum itu pihaknya juga menghantar sumbangan ke Padang Rumbia, Pekan.

"Sumbangan barangan keperluan harian seperti toto, bantal, selimut, pakaian, telekung, sejadah, makanan dan set pembersihan diri serta ubatan itu hasil sumbangan rang ramai ke Tabung Bencana UNI10 CARE dan syarikat DH Solution.

Tambah beliau, dugaan berat dihadapi mangsa banjir amat menyentuh hati mereka.

Artikel Berkaitan: