X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Aksi spurs menentang Palace mungkin ditangguh

Dua pegawaidan beberapa orang pemain Palace dilaporkan positif Covid-19
A
A

AKSI 'Boxing Day' antara Tottenham Hotspur dan Crystal Palace kemungkinan ditunda susulan penularan virus Covid-19 yang melanda skuad The Eagles.

Tiga perlawanan liga yang berlangsung pada 'Boxing Day' telah ditunda dengan aksi Burnley menentang Everton pada hari krismas turut dibatalkan.

Menurut laporan media, dua pegawai Palace dilaporkan positif Covid-19, diikuti dengan beberapa orang pemain selepas ujian saringan dijalankan kepada semua pihak yang terlibat.

Malah sebelum ini, pengendali Palace, Patrick Vieira risau dengan situasi semasa Covid-19 sambil mengakui virus tersebut akan memberi kesan kepada pemain terutama ketika musim perayaan yang sibuk.

"Kami berharap kami dapat turun menentang Spurs tanpa masalah, tapi melihat situasi Covid-19 terkini kami mula risau.

"Sebelum ini, terdapat beberapa kes yang berlaku dalam pasukan kami dan kini sedang melakukan yang terbaik untuk mencegahnya kerana kita tidak tahu apa akan pada hari esok dan seterusnya.

"Apa yang kami risau kini adalah kebajikan pemain apabila dijangkiti Covid-19 kerana memang akan berhadapan situasi yang sukar selepas pulih dari virus tersebut," katanya.

Untuk rekod, sebanyak lima dari sembilan perlawanan pada Boxing Day terpaksa dibatalkan antaranya Liverpool menentang Leeds, Wolves menentang Watford dan yang terkini Burnley menentang Everton.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!