Banjir: Pengguna gusar petrol habis

Situasi kehabisan bekalan minyak di Mentakab menggusarkan pengguna. Dari kiri: Juliadi, Shamsul, Restuati dan Mohd Ismail.
Situasi kehabisan bekalan minyak di Mentakab menggusarkan pengguna. Dari kiri: Juliadi, Shamsul, Restuati dan Mohd Ismail.
A
A
A

TEMERLOH - Penduduk di kawasan banjir di Mentakab gusar berikutan kehabisan bekalan petrol di kawasan terjejas sejak beberapa hari lalu.

Mereka mendakwa terpaksa bergerak jauh kira-kira 20 kilometer (km) untuk mendapatkan bahan api itu.

Seorang pengguna, Rais Ali Nordin, 47, memberitahu dia terpaksa pergi ke Seberang Temerloh iaitu sejauh 20 kilometer untuk mendapatkan bekalan petrol.

"Penduduk Mentakab memang sudah kehabisan petrol sejak banjir melanda kawasan ini. Kami terpaksa berjimat cermat sementara menunggu banjir pulih dan bekalan petrol dihantar ke sini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Juliadi Ibrahim, 40, pula memberitahu, sebelum ini ada beberapa buah stesen minyak namun ada yang ditenggelami banjir dan masih belum dapat beroperasi.

Bagi petugas di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Shamsul Shah Said, 56. ketiadaan bekalan bahan api itu menjejaskan gerak kerja mereka yang perlu keluar mendapatkan barangan atau tugasan lain.

Shamsul bagaimanapun berkata, dia bernasib baik kerana berteduh di PPS dan tidak perlu bergerak tetapi berharap bekalan cepat pulih kerana menyukarkan pengguna khususnya di kawasan terjejas," jelasnya.

Seorang lagi petugas, Restuati Bahaman, 45, juga memberitahu, dia mungkin perlu tidur di PPS kerana petrol keretanya sudah habis.

Artikel Berkaitan:

Menurut Restuati, dia menerima maklumat bahawa petrol di stesen minyak di Mentakab sudah habis dan mengambil keputusan untuk tidur sahaja PPS pada Jumaat.

Reaksi sama turut diluahkan seorang lagi petugas di PPS tersebut, Mohd Ismail Ibrahim, 21, yang turut berharap situasi itu segera pulih khususnya selepas air kembali surut.

"Pengguna khususnya mangsa memerlukan bekalan petrol untuk kenderaan mereka kembali ke rumah dan membeli keperluan membersihkan untuk membersihkan kediaman," ujarnya.