Sila log masuk terlebih dahulu.

Gagal seludup kain batik

Sebanyak 2,310 helai kain batik pelbagai jenama bernilai RM48,750 dirampas dan disyaki untuk diseludup ke negara jiran.
Sebanyak 2,310 helai kain batik pelbagai jenama bernilai RM48,750 dirampas dan disyaki untuk diseludup ke negara jiran.
A
A
A

PASIR MAS - Tindakan pantas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Banggol Chicha di sini pada Khamis berjaya mematahkan cubaan menyeludup kain batik ke negara jiran.

Kenderaan berkenaan dikesan membawa beberapa guni putih yang mengandungi 2,310 helai kain batik pelbagai jenama bernilai RM48,750 dan disyaki untuk diseludup ke negara jiran.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan pada jam 6.30 petang pasukan berkenaan mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira pemandu itu bertindak memecut laju bagi mengelakkan ditahan.

"Kami mengejar kenderaan tersebut dari Banggol Cicha hingga Kampung Gaung di Jalan Lebuhraya Rantau Panjang.

"Bagaimanapun kenderaan itu melanggar kereta Perodua Kancil dan Toyota Vios yang diparkir di tepi jalan sehingga mengakibatkan kerosakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, suspek bersama seorang lagi rakannya kemudian meninggalkan kenderaan dan melarikan diri ke kampung yang berhampiran.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menjumpai satu kad pengenalan diri warga tempatan.

"Semua barangan rampasan dan kenderaan bernilai RM58,750 dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: