Malapetaka Taman Sri Muda

Seorang wanita yang membawa barangan keperluan terjatuh ke dalam air ketika mengharungi banjir termenung di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Seorang wanita yang membawa barangan keperluan terjatuh ke dalam air ketika mengharungi banjir termenung di Taman Sri Muda, Shah Alam.
A
A
A

BANJIR pertama berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam adalah kira-kira 24 tahun lalu dan ia kerap berulang sehinggalah kemuncaknya pada Sabtu lalu, sekali gus membuka mata ramai pihak yang mungkin ‘terlena’ sebelum ini.

Kawasan yang mempunyai kira-kira 4,400 buah rumah itu menjadi tumpuan utama pihak bomba dan penyelamat untuk kerja-kerja penyelamatan serta pemindahan mangsa banjir.

Selain faktor cuaca, banyak lagi aspek perlu diteliti untuk mencari punca mengapa taman berkenaan boleh tenggelam sebegitu rupa.

Pada Rabu, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub menggesa pihak berkuasa membuat siasatan sama ada wujudnya amalan rasuah dalam projek perumahan di Taman Sri Muda susulan kawasan itu sebelum ini dikatakan menjadi tapak takungan banjir.

Jika benar, rakyatlah mangsanya sekarang. Patut dibuat kawasan takungan banjir tetapi dibangunkan sebagai kawasan perumahan pula. Bagaimana perancang bandar pihak berkuasa tempatan boleh membenarkan semua ini berlaku?

Mangsa bukan sahaja kehilangan harta benda dan ahli keluarga yang mungkin menjadi korban banjir, malah turut sengsara dari segi fizikal dan emosi.

Sebuah bandar raya memerlukan saliran mencukupi. Jika pembangunan yang dijalankan bermotifkan keuntungan atau mengabaikan aspek keselamatan dan kurangnya infrastruktur, ia akan menyebabkan banjir kerap berlaku.

Setiap aliran sungai yang terhalang dek pelbagai pembinaan, pembuangan sampah tanpa aturan dan disiplin, pembangunan di kawasan yang dikenal pasti sebagai dataran banjir, kegagalan sistem perparitan yang tidak dirapikan, maka semua faktor itu akan bergumpal menjadi bencana.

Artikel Berkaitan:

Jadikanlah iktibar kesan daripada kejadian banjir besar ini. Cari penyelesaian, segeralah bertindak, tambah baik kekurangan yang ada dan pada masa sama mantapkan komunikasi serta koordinasi.

Sekarang ini bukan masanya untuk menunding jari menyalahkan pihak mana yang patut bertanggungjawab, sebaliknya perlu bersama mencari penyelesaian dan berusaha sehabis daya membantu mangsa banjir yang terjejas.