Runtuhan di Bangsar Indah Condominium, tiada mangsa terlibat

Shahidan (dua dari kiri) melihat kawasan runtuhan tanah di sekitar Bangsar Indah Condominium, Bangsar, di sini pada Selasa.
Shahidan (dua dari kiri) melihat kawasan runtuhan tanah di sekitar Bangsar Indah Condominium, Bangsar, di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada mangsa yang terlibat di sekitar kawasan tanah runtuh di Bangsar Indah Condominium, Bangsar, di sini pada Selasa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya bersama pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke lokasi terbabit untuk meninjau pergerakan tanah yang berlaku di sekitar kondominium tersebut pada Selasa.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kejadian tersebut berlaku akibat hujan tanpa henti pada pagi Selasa yang menyebabkan kerosakan serta menjejaskan kemudahan di sekitar bangunan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk sekitar kondominium tersebut untuk mengambil langkah berjaga sekiranya berlaku runtuhan tanah pada masa terdekat.

“Hujan lebat berlarutan telah menyebabkan pergerakan tanah di kawasan Bangsar Indah Kondominium, Kuala Lumpur runtuh. Kejadian yang berlaku pada pagi ini menyebabkan kerosakan dan menjejaskan fasiliti di sekitar bangunan ini.

“Saya serta pasukan KWP dan DBKL meninjau kawasan bencana sebentar tadi.

“Tiada kecederaan dilaporkan, namun langkah berjaga-jaga telah diambil buat para penduduk di kediaman ini untuk mengelakkan berlakunya lagi runtuhan tanah pada masa terdekat,” katanya dalam hantaran tersebut pada Selasa.

Artikel Berkaitan: