180 mangsa banjir di tiga kampung di Pekan dipindahkan

Sebahagian mangsa telah dipindahkan selepas kampung mereka terputus hubungan pada Selasa.
Sebahagian mangsa telah dipindahkan selepas kampung mereka terputus hubungan pada Selasa.
A
A
A

PEKAN - Seramai 30 keluarga membabitkan 180 mangsa daripada tiga kampung di daerah ini telah selamat dipindahkan susulan air Sungai Pahang meningkat secara mendadak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Wan Samsul Afendi Wan Mahmud berkata, antara kampung yang terlibat dan terputus hubungan ialah Kampung Pelak, Kampung Tanjung Cempaka dan Kampung Bunut.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dikumpulkan oleh ketua kampung masing-masing di tebing sungai bagi membolehkan mereka diselamatkan.

"Kesemua mangsa melibatkan 30 keluarga itu telah dibawa keluar dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai.

"Operasi menyelamat itu dilakukan bagi mengelak keadaan dan situasi yang semakin memburuk memandangkan pihak penyelamat terpaksa berdepan dengan arus sungai yang deras untuk menyeberangi Sungai Pahang,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Kesemua mangsa telah dikumpulkan oleh ketua kampung masing di tebing sungai bagi membolehkan mereka diselamatkan oleh pihak bomba.
Kesemua mangsa telah dikumpulkan oleh ketua kampung masing di tebing sungai bagi membolehkan mereka diselamatkan oleh pihak bomba.

Turut terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Beliau menjelaskan, operasi itu melibatkan 21 anggota terdiri daripada lapan anggota balai bomba Peramu, empat anggota dari balai bomba Chini dan bantuan sembilan anggota dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihak akademi bomba telah membawa tiga buah bot dan kenderaan pacuan empat roda dalam operasi tersebut.

"Kita berharap setiap operasi berjalan dengan lancar dan semua mangsa dapat memberi kerjasama yang baik," katanya.