Penyeludup ubah taktik di musim banjir

Dua anggota Batalion 7 PGA Kuantan tidak berganjak dan tetap melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand walaupun terpaksa meredah banjir selepas air Sungai Golok melimpah ke kawasan sekitar Rantau Panjang pada Isnin.
Dua anggota Batalion 7 PGA Kuantan tidak berganjak dan tetap melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand walaupun terpaksa meredah banjir selepas air Sungai Golok melimpah ke kawasan sekitar Rantau Panjang pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan mendedahkan pihaknya mengesan tindakan penyeludup mengubah taktik dengan menjadikan kawasan tinggi di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sebagai transit sementara sepanjang musim banjir.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, selain itu kumpulan berkenaan turut menjadikan stor-stor kosong dan rumah-rumah lama sebagai transit sementara sebelum memunggah keluar barangan seludup tersebut.

"Apabila situasi menjadi tenang, kumpulan-kumpulan terbabit akan membawa barang-barang tersebut ke lokasi yang ditujui," katanya semasa turun padang bersama media membuat tinjauan penugasan banjir PGA di sini pada Isnin.

Semasa tinjauan dilakukan, Batalion 7 PGA Kuantan turut membantu memindahkan penduduk di Kampung Tersang yang terjejas akibat banjir untuk berpindah ke tempat selamat.

Azhari (kanan) dan pegawainya turun padang membuat tinjauan penugasan banjir di Pos Ibrahim Pencen yang ditenggelami banjir di Rantau Panjang pada Isnin.
Azhari (kanan) dan pegawainya turun padang membuat tinjauan penugasan banjir di Pos Ibrahim Pencen yang ditenggelami banjir di Rantau Panjang pada Isnin.

Azhari berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dari masa ke masa untuk memastikan kawalan sempadan berada pada tahap terbaik sepanjang musim banjir.

Menurutnya, sepanjang musim banjir, anggota PGA menggunakan pacuan empat roda dan lori untuk melakukan rondaan di kawasan penugasan sejauh 41.8 kilometer (km) bermula dari Pos Ibrahim Pencen sehingga ke Pos Tanjong di Tumpat.

Dalam perkembangan lain Azhari berkata, susulan banjir pihaknya terpaksa memindahkan Pos Sekat Pintas di Kampung Serungga.

Artikel Berkaitan:

"Bukan itu sahaja empat buah pos kawalan pasukan juga terpaksa ditutup sementara akibat banjir iaitu Ibrahim Pencen, Pak Teh Kana, Wakaf Zin dan Kaloi di Tumpat.

"Bagaimanapun, penugasan anggota PGA tetap berjalan seperti biasa dengan memikul amanah dan tidak berganjak dalam mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan," jelasnya.