Anwar ucap tahniah kepada Srettha Thavisin, PM baharu Thailand

Tangkap layar Anwar pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Tangkap layar Anwar pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada taikun hartanah Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Anwar berkata, beliau turut mengundang Srettha ke negara ini dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Thailand di pelbagai bidang.

"Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya dalam hantaran di laman Facebook yang turut memuat naik video memaparkan perbualan beliau dengan Srettha.

Menerusi video itu, Srettha turut menzahirkan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand serta berharap untuk bertemu dengan Anwar dalam masa terdekat.

Semalam, Srettha, 60, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu sekali gus menyaksikan buat julung kalinya, jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun.

Pemilihan itu juga menamatkan kemelut politik yang mencengkam Thailand sejak tiga bulan lepas dan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan: