Bau hangit selamatkan empat pekerja kedai minuman dari rentung

Anggota bomba berusaha memadamkan senbuah kedai minuman yang terbakar di Taman Kenangan, Kota Bharu pada Selasa.
Anggota bomba berusaha memadamkan senbuah kedai minuman yang terbakar di Taman Kenangan, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU – Bau hangit yang kuat menyelamatkan empat pekerja daripada rentung dalam kebakaran sebuah kedai minuman dan pencuci mulut di Taman Kenangan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kebakaran dipercayai bermula di bahagian stor belakang kedai sebelum merebak ke ruang pejabat dan sebahagian kawasan penyediaan minuman.

Pekerja kerani akaun sambilan, Kam Sui Yin, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam pejabat sebelum terhidu bau seperti sesuatu terbakar.

“Saya duduk dalam ofis tiba-tiba terbau macam benda terbakar dan seorang lagi pekerja pergi periksa sebelum nampak api sudah marak di bahagian belakang stor tempat simpan kotak.

“Dia terus lari ke arah saya dan suruh cepat keluar sebab api makin besar, kami semua terus keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, seorang pekerja sempat mengangkat air dan cuba memadam kebakaran sementara menunggu ketibaan bomba.

Katanya, ketika kejadian terdapat dua kakitangan di bahagian penabat dan dua pekerja lain bertugas di bahagian penyediaan minuman.

Kedai yang beroperasi lebih setahun itu mengalami kerosakan di bahagian stor, pejabat dan ruang jualan minuman.
Kedai yang beroperasi lebih setahun itu mengalami kerosakan di bahagian stor, pejabat dan ruang jualan minuman.

Artikel Berkaitan:

“Mujur masa tu tak ada pelanggan dalam kedai.

“Kebiasaan memang ada sebab kedai buka jam 3 semasa Ramadan,” katanya.

Akibat kebakaran terbabit, kedai yang beroperasi lebih setahun itu mengalami kerosakan di bahagian stor, pejabat dan ruang jualan minuman.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II, Zuzuki Safei, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.34 petang sebelum sebuah jentera dari BBP Kota Bharu bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai berkeluasan 223 meter persegi.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos dan api berjaya dikawal dalam tempoh singkat,” katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ringkasan AI

  • Bau hangit menyelamatkan empat pekerja daripada rentung dalam kebakaran kedai minuman dan pencuci mulut di Kota Bharu
  • Kebakaran bermula di bahagian stor kedai
  • Seorang pekerja cuba padamkan api sementara menunggu bomba
  • Kedai tanpa pelanggan ketika kejadian kerana waktu Ramadan
  • Kebakaran dikawal bomba dalam masa singkat, tiada cedera dilaporkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!