Mahkamah ketepi petisyen, Yusri Pungut kekal ADUN Sindumin

ADUN Sindumin, Yusri Pungut kekal sebagai wakil rakyat yang sah.
ADUN Sindumin, Yusri Pungut kekal sebagai wakil rakyat yang sah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Petisyen pilihan raya yang difailkan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Selasa.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Dean Wayne Daly berhubung petisyen yang difailkan oleh Wendy Agong Baruh.

Mahkamah menegaskan bahawa keputusan pilihan raya yang telah diwartakan sebelum ini adalah sah dan kekal.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Yusri Pungut kekal sebagai wakil rakyat yang sah seperti yang telah diumum dan diwartakan sebelum ini.

Keputusan ini sekali gus menamatkan prosiding petisyen dan mengesahkan kedudukan wakil rakyat bagi DUN Sindumin.

Dalam keputusan tersebut, mahkamah turut memerintahkan pihak pempetisyen membayar kos sebanyak RM20,000 kepada tiga responden.

Responden pertama ialah Abdul Karim A.M Zahari selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan (SFC) dari Pejabat Peguam Negara,.

Sementara itu, Yusri sebagai responden ketiga mewakili dirinya sendiri yang juga sebagai Peguam Kanan di Sabah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Petisyen pilihan raya bagi DUN Sindumin ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
  • Keputusan pilihan raya yang umumkan sebelum ini diisytiharkan sah dan kekal
  • ADUN Sindumin, Yusri Pungut, kekal sebagai wakil rakyat yang sah
  • Mahkamah mem MKint kah pempetisyen membayar kos RM20,000 kepada tiga responden
  • Responden termasuk Pegawai Pengurus Pilihanraya, SPR, dan Yusri Pungut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!