Banjir: Petugas media bimbang keselamatan diri

Banjir besar melanda Selangor khususnya di Shah Alam kali ini turut memberi pengalaman baharu dan cabaran buat pengamal media dalam menjalankan tugas.
Banjir besar melanda Selangor khususnya di Shah Alam kali ini turut memberi pengalaman baharu dan cabaran buat pengamal media dalam menjalankan tugas.
A
A
A

SHAH ALAM - Banjir besar melanda Selangor khususnya di Shah Alam kali ini turut memberi pengalaman baharu dan cabaran buat pengamal media dalam menjalankan tugas.

Penolong Ketua Bahagian Media Sosial Sinar Harian, Nurhazlin Lydia M. Nazri berkata, dia terkandas di jalan raya dalam perjalanan pulang ke Seksyen 24 dan terpaksa berpatah balik ke pejabat.

"Hari ini dalam sejarah, kiri kanan air melimpah. Banjir! Semua orang ada kisah masing-masing, kami juga dan ini kali kedua dalam sejarah saya tidur di pejabat.

"Selama 11 tahun bekerja, berjuang dan kebetulan banjir kali ini berlaku dalam kesibukan liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bila hendak pulang jalan raya penuh air.

"Dulu, bermalam di pejabat kerana memantau perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan kali ini terpaksa bermalam kerana jalan raya ditutup," katanya pada Ahad.

Nurhazlin Lydia
Nurhazlin Lydia

Sementara itu, Penyunting Berita Sinar Harian, Nurbaya Abdul Rezak berkata, bermalam di pejabat bukan perkara luar biasa bagi petugas media namun ia berbeza kali ini.

"Ini kali ketiga saya tidur di pejabat dalam tempoh 13 tahun namun kali pertama bermalam di pejabat dalam keadaan bimbang fikirkan keselamatan diri kami.

Artikel Berkaitan:

Nurbaya
Nurbaya

"Kami tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang banjir menjadi lebih buruk dan paras air sungai berhampiran pejabat ini akan naik secara mendadak," katanya yang bertugas di Kompleks Karangkraf di Seksyen 16 di sini.

Bagaimanapun, Nurbaya yang menetap di Klang berkata, soal keselamatan tetap diberikan keutamaan dan hanya pulang semula ke rumah apabila keadaan benar-benar selamat.

"Ini bagi mengelak perkara buruk berlaku ketika berada di atas jalan raya malah saya melalui saat mencabar ketika dalam perjalanan ke pejabat pada pagi Sabtu.

"Ketika itu laluan utama memang dah tidak boleh dilalui dan saya terpaksa menggunakan laluan lain yang lebih jauh untuk ke pejabat," katanya.

Petugas media bermalam di pejabat apabila jalan ditutup kerana banjir.
Petugas media bermalam di pejabat apabila jalan ditutup kerana banjir.