Air Sungai Golok melimpah, tiga pos PGA ditutup sementara

Limpahan air Sungai Golok susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa menutup sementara tiga buah pos mereka di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu di Rantau Panjang dan Tumpat pada Ahad.
Limpahan air Sungai Golok susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa menutup sementara tiga buah pos mereka di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu di Rantau Panjang dan Tumpat pada Ahad.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Limpahan air Sungai Golok susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa menutup sementara tiga buah pos mereka di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dua daripada tiga pos yang ditutup sementara berada di Rantau Panjang iaitu Ibrahim Pencen dan Wakaf Zin.

"Satu lagi yang ditutup buat sementara ialah Pos Kaloi di Kuala Jambu, Tumpat.

"Pos Sharifah, Salleh Berek dan Pak Teh Khana masih tetap beroperasi meskipun ia ditenggelami air," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, bagaimanapun rondaan secara berkala Op Benteng Covid-19 tetap dilakukan sepanjang masa walaupun kawasan penugasan ditenggelami banjir ketika ini.

"Kami akan memastikan kawalan Op Benteng Covid-19 yang bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat sentiasa ketat bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.

"Soal keselamatan anggota yang bertugas tetap diberikan keutamaan sepanjang musim banjir ini.

"Saya sentiasa memberikan amanat supaya tidak mengabaikan soal keselamatan semasa bertugas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, bagi memudahkan penugasan pihaknya menggunakan pacuan empat roda dan lori untuk membuat rondaan.

Setakat jam 12 tengah hari, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini berada pada 10.4 meter dan sudah melepasi tahap bahaya iaitu 5 meter.