Polis buru suspek curi kunci pendua, cuba ceroboh surau

Tangkap layar video tular memaparkan seorang individu yang disyaki cuba menceroboh sebuah surau di Batang Kali, Hulu Selangor.
Tangkap layar video tular memaparkan seorang individu yang disyaki cuba menceroboh sebuah surau di Batang Kali, Hulu Selangor.
A
A
A

HULU SELANGOR – Polis sedang giat mengesan seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kunci pendua dan cubaan menceroboh kawasan sebuah surau di Batang Kali, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10 pagi Isnin.

"Siasatan pihak polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang individu telah bertindak mengumpil dan menggeledah raga motosikal milik jemaah yang diparkir di luar surau tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

"Selain itu, individu tersebut turut dilihat cuba untuk menceroboh masuk ke dalam surau, namun gagal disebabkan terdapat jemaah sedang solat tarawih pada masa tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 akta sama.

"Pihak polis memohon kepada mana-mana orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mencari seorang individu disyaki terlibat dalam kes kecurian kunci pendua di Batang Kali
  • Kejadian dilaporkan pada jam 10 pagi Isnin
  • Rakaman CCTV tunjuk individu tersebut menggeledah raga motosikal dengan kayu
  • Individu itu juga cuba menceroboh surau tetapi gagal
  • Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!