Pastikan setiap mangsa banjir terima kemudahan, bantuan JKM: PM

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya memastikan setiap mangsa banjir menerima kemudahan dan bantuan yang disalurkan.

Beliau dalam catatan di akaun Facebook berkongsi video lawatan beliau ke Sekolah Kebangsaan Johan Setia di Klang pada Ahad, untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir.

“Saya terkesan melihat keadaan yang menimpa mangsa-mangsa banjir di SK Johan Setia di Klang. Hari ini sahaja kira-kira 690 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir berkenaan, dan saya sempat menyantuni mangsa-mangsa yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan anak-anak kecil,” katanya.

Dalam catatan terdahulu, Perdana Menteri turut berkongsi tinjauan beliau ke atas penduduk Kampung Bukit Lanchong, yang terkandas di kawasan Putra Heights Selangor akibat banjir.

Ismail Sabri juga berkongsi video lawatannya ketika hujan lebat di kawasan itu awal pagi Ahad.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: