Teruja jejak kaki ke Bukit Gambang

Norhayati bersama suaminya, Mohd Henyzam menebus tiket percuma ke taman tema di Bukit Gambang Resort City di Pejabat Sinar Harian semalam.
Norhayati bersama suaminya, Mohd Henyzam menebus tiket percuma ke taman tema di Bukit Gambang Resort City di Pejabat Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah keluarga ternyata gembira apabila berjaya menebus empat tiket percuma ke taman tema Bukit Gambang Resort City, di Pejabat Sinar Harian, semalam.

Norhayati Abd Samad, 44, berkata, dia dan suami, Mohd Henyzam Zamri,41, bertolak dari rumahnya di Bera seawal jam 6.30 pagi bagi mendapatkan tiket tersebut.

Menurutnya, sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, dapat dilihat keterujaan anak-anak yang tidak sabar untuk ke taman tema air itu.

"Mana taknya.. ini pertama kali kami akan jejak kaki ke Bukit Gambang Resort City... kami sekeluarga tak pernah ke sana sebelum ini.

"Jadi untuk melihat dan merasai sendiri suasana di Bukit Gambang Resort City suami sanggup mengumpul keratan itu selama seminggu. Hari ini (semalam) saya dan suami berjaya menebus empat tiket secara percuma," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya bila keluarga terbabit akan menggunakan tiket itu, Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Triang itu memaklumkan, mereka sekeluarga akan ke Bukit Gambang pada hujung bulan ini.

Jelasnya, sekiranya tiada halangan mereka akan pergi bercuti di Bukit Gambang seperti yang dijadualkan.

Dalam perkembangan itu, Norhayati mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian dan Bukit Gambang Resort City kerana sudi mengagihkan tiket percuma kepada pembaca.

Artikel Berkaitan:

Dia mengharapkan agar peraduan sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.