Perak tidak pernah biaya projek MAPS

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak tidak pernah membiayai projek Taman Tema Animasi Studio (MAPS) di Bandar Meru Raya yang kini ditutup sepenuhnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek tersebut dibangunkan oleh PCB Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat Perak Corporation Berhad (PCB) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Menurutnya, MAPS dibiayai oleh PCB Development Sdn Bhd melalui pinjaman daripada beberapa institusi kewangan dan tidak timbul isu kerajaan negeri rugi atau berhutang seperti yang didakwa.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak terlibat dengan sebarang hutang dan tidak bertanggungjawab untuk membayar hutang berkenaan.

"Kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan perniagaan syarikat berkenaan kerana ia diuruskan secara profesional oleh lembaga pengarah dan badan pengurusan syarikat.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai ’locus standi’ untuk mencampuri urusan syarikat berkenaan," tegas beliau ketika sesi penggulungan Belajawan 2022 Perak sempena Persidangan Keenam, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14 di sini pada Jumaat.

Menurutnya, Sejak tahun 2019, terdapat dakwaan kononnya kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM600 juta dalam projek MAPS.

Jelasnya, walaupun Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mempunyai 56 peratus dalam PCB, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang peruntukan untuk melabur dan tidak terikat dengan jaminan dengan mana-mana institusi kewangan.

Artikel Berkaitan: