Tempe sumber protein tambahan kepada murid sekolah - FAMA

Mohd Alhamadi (kiri) dan Saiful (dua dari kiri) mengagihkan tempe goreng kepada murid pada program tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein dan galakan makan buah-buahan tempatan peringkat negeri di SK Padang Garuda pada Selasa.
Mohd Alhamadi (kiri) dan Saiful (dua dari kiri) mengagihkan tempe goreng kepada murid pada program tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein dan galakan makan buah-buahan tempatan peringkat negeri di SK Padang Garuda pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di Pahang.

Sebagai projek perintis, FAMA membekalkan 50 kilogram (kg) tempe kepada 900 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garuda sepanjang tujuh sesi yang diadakan secara berperingkat.

Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, usaha itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak mengetahui bahawa makanan tradisional ini juga mempunyai khasiat.

"Kita cuba mempromosikan tempe ini, kalau orang lama mereka kenal dengan tempe, tapi budak sekolah (murid) mereka tidak kenal (makanan ini). Justeru, kita memperkenalkan makanan tambahan ini kepada mereka.

"Malah, kita galakan anak muda untuk makan tempe kerana ia juga satu hidangan yang mengandungi protein selain kebergantungan bahan makanan lain seperti ayam dan juga buahan lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protien dan galakan makan buah-buahan tempatan peringkat negeri di SK Padang Garuda pada Selasa.

Hadir sama, Guru Besar SK Padang Garuda, Mohd Alhamadi Abu Bakar.

Dalam pada itu, Saiful berkata, sebanyak 200 kg buah mangga turut disediakan sebagai salah satu hidangan kepada murid SK Padang Garuda.

Artikel Berkaitan:

Saiful (dua dari kiri) bersama Mohd Alhamadi (kiri) menunjukkan tempe goreng kepada murid pada program berkenaan di SK Padang Garuda pada Selasa.
Saiful (dua dari kiri) bersama Mohd Alhamadi (kiri) menunjukkan tempe goreng kepada murid pada program berkenaan di SK Padang Garuda pada Selasa.

Menurutnya, buah-buahan tempatan banyak terdapat di negara ini juga perlu dijadikan hidangan kepada kanak-kanak.

Beliau turut menjelaskan, program kali pertama yang diadakan di peringkat sekolah di negeri Pahang itu akan diperluaskan ke sekolah lain selepas mendapati sambutan murid terhadap produk berkenaan begitu menggalakkan.

"Kempen makan tempe dan buah-buahan yang diadakan turut dapat menambah sumber pendapatan buat usahawan di peringkat pembuatan dan jualan. Mereka terdiri daripada peniaga di pasar tani FAMA.

"Kita turut menyediakan tempe dan bawang dalam bakul Madani yang disediakan setiap kali program jualan Madani diadakan di setiap daerah di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Alhamadi berkata, lebih 900 murid SK Padang Garuda berpeluang merasa tempe secara percuma yang disediakan FAMA membabitkan tujuh sesi program makan tempe dan buah-buahan diadakan secara berperingkat.

"Pihak sekolah berterima kasih pada FAMA yang memilih SK Padang Garuda sebagai lokasi pelancaran kempen berkenaan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!