Covid-19 catat 4,362 kes baharu

Kes harian positif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 4,362 kes baharu dilaporkan pada Jumaat. - Foto fail Bernama
Kes harian positif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 4,362 kes baharu dilaporkan pada Jumaat. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 dalam negara merekodkan sedikit peningkatan dengan 4,362 kes dilaporkan pada Jumaat berbanding 4,262 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,711,764.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu tersebut, 4,334 adalah kes jangkitan tempatan manakala 28 lagi kes import.

“Sebanyak 89 kes atau dua peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,273 kes atau 98 peratus melibatkan kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,098 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,625,245, manakala 400 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 198 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, 12 kluster baharu dikesan pada Jumaat dan jumlah kluster masih aktif meningkat kepada 257, selain nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat Khamis turun kepada 0.90.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, perincian nilai RT setakat 16 Disember mengikut negeri menyaksikan Negeri Sembilan mencatatkan nilai tertinggi dengan nilai 1.02, diikuti Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dengan nilai 1.00. - Bernama

Artikel Berkaitan: