Covid-19: 37 lagi kematian direkod, 4 BID

KKM laporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Foto Bernama
KKM laporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,026 orang, daripada 2.7 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, empat daripada 37 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 56,229 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 46,826 individu atau 83.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,763 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 4,257 kes dirawat di hospital dan 383 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 185 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 198 lagi memerlukan mesin ventilator. -Awani