Giliran aksi Burnley-Watford tangguh

No Image Caption
A
A
A

PENTADBIR Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Perdana menangguhkan perlawanan Burnley menentang Watford di Turf Moor berikutan terdapat kes positif Covid-19 dalam kem The Hornets.

Keputusan untuk menangguhkan perlawanan di laman keramat The Scarlet itu hadir kira-kira lebih dua jam sebelum masa sepak mula.

"Keputusan itu diambil setelah mendapat nasihat pihak perubatan kerana wabak Covid-19 yang berterusan dalam skuad Watford. Akibatnya, kelab itu mempunyai jumlah pemain skuad utama yang tidak mencukupi untuk memenuhi perlawanan itu

"Dalam mempertimbangkan sebarang permohonan untuk menangguhkan, Lembaga Pengarah mempertimbangkan pelbagai faktor sukan dan perubatan. Setiap keputusan diambil berdasarkan kes demi kes dengan kesihatan semua orang amat penting," kata pentadbir liga itu dalam satu kenyataan.

Peraturan Liga Perdana sebelum ini menyatakan jika sesebuah pasukan tidak dapat menampilkan 14 pemain maka satu perlawanan boleh ditangguhkan walaupun faktor lain, seperti kesan ke atas persiapan dan sama ada terdapat atau tidak 'wabak tidak terkawal' juga diambil kira.

Perlawanan Manchester United menentang Brentford di Stadium Komuniti Brentford sebelum ini juga ditangguhkan selepas United menutup tempat latihan selepas penularan kes Covid-19.

Perlawanan Liga Konferensi Europa Tottenham Hotspur menentang kelab Perancis, Stade Rennes pada 10 Disember lalu juga dibatalkan selepas wabak Covid-19 di kem Spurs.

Terdahulu, Leicester City berkata permohonan The Foxes untuk menangguhkan perlawanan menentang Tottenham Hotspur ditolak oleh liga, pada ketika komuniti bola sepak Inggeris terus berdepan potensi gangguan penularan Covid-19 dan varian Omicron.

Artikel Berkaitan: