KDA FC buru keputusan positif bertemu JDT

Nafuzi berharap momentum kemenangan 1-2 ke atas Penang FC pada Selasa lalu memberikan motivasi kepada KDA FC berdepan JDT FC pada Sabtu dalam saingan Liga Super 2023. Foto KDA FC
Nafuzi berharap momentum kemenangan 1-2 ke atas Penang FC pada Selasa lalu memberikan motivasi kepada KDA FC berdepan JDT FC pada Sabtu dalam saingan Liga Super 2023. Foto KDA FC
A
A
A

CABARAN besar menanti Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila menerima kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Walaubagaimanapun, pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain tetap mahu pemain-pemain memburu keputusan positif dengan sokongan padu di laman sendiri.

Beliau berkata, momentum kemenangan 1-2 yang diperolehi ke atas Penang FC pada Selasa diharapkan dapat memberikan saingan kepada JDT FC selepas mereka dikecewakan oleh lawan pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, April lalu

"Kami mahu meneruskan fokus kami selepas meraih lima kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super sebelum ini. Kami juga teruja untuk berdepan JDT sekali lagi.

"Kami sedar ia adalah satu cabaran besar dan tugas berat yang perlu dihadapi berdepan pendahulu Liga Super, namun sebagai tuan rumah kami juga bertekad mahukan satu keputusan yang positif," katanya mengulas aksi yang bakal menjadi tumpuan semua penyokong bola sepak tanah air.

Mengulas lanjut, Nafuzi mengakui KDA FC perlu bekerja keras dengan memberikan aksi lebih 100 peratus bagi menyaingi kualiti skuad kendalian Esteban Solari itu.

Menurutnya, biarpun mencapai momentum dengan lima kemenangan sebelum ini namun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Kami memberi tumpuan kepada kelemahan ini apabila kembali semula ke padang latihan disamping perlu meningkatkan lagi aspek mental dan fizikal untuk berdepan JDT," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: