JKN Melaka kesan klinik swasta ubah keputusan ujian Covid-19

JKN Melaka akan membuat laporan polis susulan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah klnik swasta di negeri itu yang dikesan memalsukan keputusan ujian pantas antigen (RTK Ag) Covid-19 pesakitnya, daripada positif kepada negatif.Gambar hiasan
JKN Melaka akan membuat laporan polis susulan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah klnik swasta di negeri itu yang dikesan memalsukan keputusan ujian pantas antigen (RTK Ag) Covid-19 pesakitnya, daripada positif kepada negatif.Gambar hiasan
A
A
A

JASIN- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka akan membuat laporan polis susulan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah klinik swasta di negeri itu yang dikesan memalsukan keputusan ujian pantas antigen (RTK Ag) Covid-19 pesakitnya, daripada positif kepada negatif.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, siasatan awal yang dijalankan setakat ini mengesan sekurang-kurangnya enam keputusan ujian saringan diubah oleh seorang doktor yang bertugas di klinik berkenaan dengan menerima ‘upah’ tertentu.

Beliau berkata, kes pertama berkenaan mula dikesan selepas seorang pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di Hospital Melaka mengakui ujian saringan awal yang dilakukannya di klinik swasta di kawasan Ayer Keroh itu, didapati positif.

Bagaimanapun, kerana tidak mahu dikuarantin, keputusan itu diubah oleh doktor yang bertugas selepas menerima habuan tertentu.

Susulan itu katanya, pesakit lelaki yang juga pekerja kilang itu kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana lewat menerima rawatan.

Rentetan kes itu, siasatan lanjut mendapati, sekurang-kurangnya enam keputusan ujian telah diubah dan pihaknya sedang mengumpulkan bukti sebelum laporan polis dibuat dalam masa terdekat.



“Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat aduan mengenai salah laku yang dilakukan klinik swasta dalam Melaka ini, iaitu ada satu klinik yang terlibat yang memalsukan ujian RTK antigen daripada positif kepada negatif.

“JKN negeri tidak akan bertolak ansur dan akan bertegas dalam hal ini. Ia melibatkan bukan sahaja keselamatan pesakit malah melibatkan keselamatan masyarakat sekeliling.

“JKN negeri sedang mengumpul bukti dan dalam masa terdekat ini kita akan serahkan kepada polis untuk ambil tindakan di bawah Akta 342. Saya ingin menegaskan bahawa JKN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau klinik swasta yang tidak mengamalkan integriti dan menyebabkan salah laku terutamanya melibatkan keselamatan pesakit dan masyarakat sekeliling,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Merlimau pada Isnin.

Mengulas lanjut ujarnya, laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam perkembangan lain ujarnya, sebanyak 12 kluster dikesan masih aktif di Melaka melibatkan enam kluster industri, empat kluster melibatkan sektor pendidikan dan dua kluster tempat kerja. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!