31 lagi kematian baharu akibat Covid-19

KKM melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Foto hiasan
KKM melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,862 orang, daripada 2.68 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 7 daripada 31 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,778 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 49,910 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,867 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 4,605 kes dirawat di hospital dan 396 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 185 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 211 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani