Covid-19: 28 lagi kematian direkod, 4 BID

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,746 orang. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,746 orang. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 28 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,746 orang, daripada 2.67 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, empat daripada 28 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilapor itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,878 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 49,644 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,996 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 4,810 kes dirawat di hospital dan 428 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 191 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 237 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani