SMK Kota Masai pula tercemar

Kenderaan EMRS dan ambulans dilihat keluar masuk SMK Kota Masai, hari ini.
Kenderaan EMRS dan ambulans dilihat keluar masuk SMK Kota Masai, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Pelajar dan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai dipercayai menjadi mangsa terbaharu kes pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans keluar masuk sekolah berkenaan.

Difahamkan seorang guru mata pelajaran Sejarah antara mangsa yang menunjukkan simptom seperti mangsa dari empat buah sekolah sebelum ini.

Menurut salah seorang pelajar yang enggan dikenali, sinki tandas pelajar lelaki dipenuhi muntah.

"Baru saja jadi petang ini. Ada cikgu pengsan mungkin dah dihantar ke hospital. Dalam sinki tandas lelaki penuh muntah.

"Ramai juga kawan-kawan kami yang dibawa naik ambulans. Rasanya dihantar ke hospital," katanya kepada Sinar Harian.

SMK Kota Masai terletak lebih 7km dari Sungai Kim Kim yang tercemar dengan bahan kimia berjadual yang dikesan sejak 7 Mac lalu.

Namun setakat ini tiada pengesahan kejadian terbaharu itu daripada pihak berkuasa dan difahamkan kenyataan berkaitan kejadian hari ini akan dikeluarkan segera.

Artikel Berkaitan: