X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Istana Kehakiman tenang pagi ini, tiada kehadiran penyokong Najib

Tinjauan Sinar Harian di luar Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi ini tenang dan tiada kehadiran penyokong Najib dilihat hadir atau berkumpul.
A
A

PUTRAJAYA - Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengenepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) akan diputuskan Mahkamah Rayuan menerusi aplikasi Zoom pada jam 9 pagi ini.

Ia akan diputuskan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

Dalam prosiding ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berada di pihak pendakwaan, manakala Najib selaku perayu diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Tinjauan Sinar Harian di luar Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi ini tenang dan tiada kehadiran penyokong Najib dilihat hadir atau berkumpul di sini.

Ini mungkin disebabkan mereka menyedari bahawa prosiding kes itu diadakan secara dalam talian.

Walaupun begitu, pasukan keselamatan mahkamah termasuk kakitangan bersama pihak polis tetap mengawal keadaan di dalam dan luar mahkamah.

Pihak media pula, dibenarkan masuk jam 8 pagi tadi serta perlu melalui pemeriksaan ketat.

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

Dianggarkan hampir 100 petugas termasuk media antarabangsa hadir bagi membuat liputan kes berprofil tinggi ini.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan membenarkan bekas Perdana Menteri itu supaya tidak hadir di Mahkamah Rayuan bagi mendengar keputusan rayuan terbabit.

Ia susulan peguam Harvinder Singh Sidhu yang mewakili Najib memaklumkan seorang peguam yang juga mewakili Najib didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, keputusan ujian kendiri ke atas peguam-peguam termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah negatif.

Pada 17 Oktober 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun bagi kes penyalahgunaan kedudukan.

Namun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah kemudian membenarkan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta berserta dua penjamin.

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!