Hujan, ribut petir sehingga Khamis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Hujan dan ribut petir diramalkan berlarutan sehingga Khamis di Selangor termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasminya berkata, cuaca tersebut diramalkan berlaku pada waktu pagi dan petang serta melibatkan beberapa lokasi namun dijangka tiada hujan pada waktu malam.

Keadaan cuaca berubah panas bermula Jumaat ini sehingga mencecah suhu 35 darjah celcius termasuk di Sepang, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.

Artikel Berkaitan: