Ribut petir, hujan dijangka landa enam negeri PRN esok

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan, bakal melanda di beberapa kawasan negeri yang terlibat dalam hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Laman sesawang MetMalaysia pada Isnin memaklumkan keadaan cuaca di Selangor dan Negeri Sembilan, bakal mengalami keadaan ribut petir di satu dua tempat, di kawasan pantai pagi esok.

Selain itu, cuaca sama diramalkan di kawasan pendalaman di sebelah petang dan hujan di satu dua tempat di kawasan pendalaman dua negeri berkenaan.

Di Pulau Pinang dan Kedah, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca hujan di satu dua tempat di kawasan pantai, selain petang diramalkan ribut petir di satu dua tempat dan cuaca baik pada malam.

Bagi Terengganu dan Kelantan pula, masing-masing menunjukkan corak cuaca yang sama dengan dijangkakan cuaca dalam keadaan baik pada pagi, selain ribut petir di satu dua tempat pada petang dan malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada esok. - Bernama.