Pas berpotensi menang kerusi sulung PRN Sarawak

Khairil (dua dari kiri) dan Tuan Ibrahim (empat dari kiri) bersama Mohammad Arifiriazul (tiga dari kiri) ketika mengiringi calon tunggal Pas itu ke pusat penamaan calon di Beting Maro, Sarawak pada Isnin.
Khairil (dua dari kiri) dan Tuan Ibrahim (empat dari kiri) bersama Mohammad Arifiriazul (tiga dari kiri) ketika mengiringi calon tunggal Pas itu ke pusat penamaan calon di Beting Maro, Sarawak pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas berpotensi untuk mendapat kemenangan sulung dalam Pilihan Raya (PRN) Sarawak ke-12, kata Ketua Penerangannya, Senator Khairil Nizam Khirudin.

Keyakinan itu disuarakan beliau selepas mengiringi calon tunggal Pas, Mohammad Arifiriazul Paijo yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro di pusat penamaan calon di Beting Maro, Sarawak pada Isnin.

“Alhamdulillah, berdasarkan kepada taklimat yang diberikan kepada kami, Insya-ALLAH Pas berpotensi untuk mendapat kerusi sulung di Sarawak dalam PRN kali ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Turut bersama mengiringi Mohammad Arifiriazul ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Khairil Nizam merayu kepada semua ahli dan penyokong Pas di seluruh negara untuk menyokong Mohammad Arifiriazul melalui bantuan dalam pelbagai aspek mengikut kemampuan serta kapasiti yang ada.

“Biarpun kita jauh dari sudut jarak, namun hati kita semua mesti menggenggam bara semangat perjuangan yang sama.

“Apa yang paling penting ialah kebersamaan kita dengan calon yang telah dipilih oleh jemaah iaitu saudara Arif dalam langkah perjuangan beliau bermula hari ini sehingga ke hari pengundian nanti. Insya-ALLAH,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: