Pas bertanding satu kerusi PRK Pulai, Simpang Jeram

Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor. - Gambar kecil dari kiri: Ahmad Fadhli, Abdul Hadi
Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor. - Gambar kecil dari kiri: Ahmad Fadhli, Abdul Hadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor.

Tanpa mendedahkan maklumat lanjut, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selain itu, nama calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Pas, Bersatu dan Gerakan masing-masing kemukakan calon dan kita (Perikatan Nasional (PN)) telah pun membuat keputusan parti mana yang akan meletakkan calon di Pulai dan Simpang Jeram.

"Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada PRK ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran logo sambutan Hari Kebangsaan PN di Ibu Pejabat Pas di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan berkenaan calon mewakili PN bagi kedua-dua PRK diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu.

"Ya sudah ada (calon) ... kita akan umumkan bila tiba masanya nanti,” katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan logo itu.

Sebelum itu, Abdul Hadi mempengerusikan mesyuarat Pas yang antara lain membincangkan persiapan parti bagi menghadapi PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Artikel Berkaitan:

Berkenaan logo itu, Ahmad Fadhli berkata, Pemuda PN akan mencadangkan logo Hari Kebangsaan PN digunakan oleh kerajaan negeri yang ditadbir gabungan itu bagi sambutan di peringkat negeri. - Bernama