PRN: Altimet menang kerusi DUN Lembah Jaya

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet menang dengan majoriti 6,320 di DUN Lembah Jaya. - Foto Bernama.
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet menang dengan majoriti 6,320 di DUN Lembah Jaya. - Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Calon Pakatan Harapan, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet menjadi penyanyi rap mainstream pertama di negara ini yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang bertanding di DUN Lembah Jaya, menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi.

Pencabarnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 19,409 undi.

Kerusi Lembah Jaya sebelum ini disandang Haniza Mohamed Talha dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 14,790 selepas memperoleh 22,512 undi.

Beliau menewaskan Muhamad Nizam daripada BN (7,722 undi), Khasim Abdul Aziz (Pas), 7,358 undi dan Norizwan (Parti Rakyat Malaysia), 177 undi yang kehilangan wang deposit.

Artikel Berkaitan: