Dua ADUN positif Covid-19, sidang DUN Kelantan tangguh

Sidang DUN Kelantan yang sepatutnya tamat pada Selasa ini terpaksa ditangguhkan selepas dua ADUN positif Covid-19.
Sidang DUN Kelantan yang sepatutnya tamat pada Selasa ini terpaksa ditangguhkan selepas dua ADUN positif Covid-19.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya tamat pada Selasa ini terpaksa ditangguhkan selepas ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini disahkan positif Covid-19.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob berkata, keputusan penangguhan tersebut dibuat bagi memutuskan rantaian jangkitan itu daripada terus menular dalam kalangan ADUN.

"Dua ADUN iaitu Tendong (Mohd Rozi Mohamad) dan Tanjong Mas (Rohani Ibrahim) telah disahkan positif Covid-19.

"Sementara itu, ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail menjadi kontak rapat kepada anaknya yang positif Covid-19," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Ahad.

Menurutnya, dua hari sebelum berlangsung sidang DUN iaitu pada Khamis, semua ADUN telah menjalani ujian saringan (swab test) Covid-19.

Beliau berkata, hasil keputusan ujian saringan mendapati kesemua ADUN negatif Covid-19.

Penangguhan itu diumumkan oleh Abdullah selepas DUN Kelantan sebulat suara tanpa bahas meluluskan Bajet 2022.

Artikel Berkaitan: