Cabul: Polis siasat dakwaan suspek juvana

Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun
A
A
A

NIBONG TEBAL - Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah seorang tertuduh juvana dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang didakwa dicabul ketika dalam tahanan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menambah perkara sedemikan tidak sepatutnya berlaku.

"Sekiranya ada dakwaan sedemikian kita jalankan siasatan. Kes itu berlaku di pusat tahanan di Kuala Lumpur, jadi saya akan mengarahkan pegawai Polis Kuala Lumpur untuk memberi perhatian kepada dakwaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertuduh kanak-kanak mengadu didera fizikal, seksual

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang memaklumkan anak guamnya dalam kes bunuh CEO Cradle Fund itu telah diserang secara fizikal dan seksual ketika ditempatkan di Asrama Sentosa, Sentul, Kuala Lumpur.

Hisyam mengemukakan aduan itu sewaktu prosiding kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, di mana anak guamnya bersama-sama balu Nazrin, Samirah Muzaffar dan seorang lagi tertuduh juvana berumur 13 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: