X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Bonnie menang emas Powerlifting Para Dunia

Bonnie (tengah) bergambar bersama atlet lain selepas berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori 72kg.
A
A

ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia semalam.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengharumkan nama negara selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram (kg) sekali gus menewaskan wakil China, Hu Peng yang sekadar meraih perak.

Bagi pingat gangsa dimenangi oleh atet Mesir, Ibrahim Shaaban.

Sebelum ini, pada temasya Paralimpik Tokyo, Bonnie Bunyau meraih pingat emas pertama negara dalam acara 72kg powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu.

Untuk rekod, selain Bonnie, atlet lain yang akan turut menyertai pertandingan di Georgia adalah Jong Yee Khie (107kg), Wan Nur Azri Wan Azman (97kg), Nicodemua Manggoi Saad (88kg), Bryan Junency Gustin (80kg) manakala Sona Agon (73kg) pula menjadi wakil tunggal negara bagi kategori wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Bonnie ketuai cabaran Malaysia di Georgia


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!