Lebih lapan bilion dos vaksin Covid-19 diberi di seluruh dunia

Angka bilangan dos yang diberikan di seluruh dunia setakat ini adalah 8,036,182,904. - Foto Bernama
Angka bilangan dos yang diberikan di seluruh dunia setakat ini adalah 8,036,182,904. - Foto Bernama
A
A
A

MOSCOW - Jumlah dos vaksin Covid-19 yang diberikan di seluruh dunia sudah melebihi 8 bilion, lapor Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University (JHU), angka bilangan dos yang diberikan setakat ini adalah 8,036,182,904.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Setakat ini, lebih 263.41 juta orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dengan lebih 5.22 juta kematian, menurut JHU. - Bernama

Artikel Berkaitan: