Harimau Malaya sudah bersedia harungi cabaran

Cheng Hoe menyifatkan para pemain Harimau Malaya yang membawa cabaran negara ke Singapura sudah cukup bersedia mengharungi kempen Piala Suzuki AFF.
Cheng Hoe menyifatkan para pemain Harimau Malaya yang membawa cabaran negara ke Singapura sudah cukup bersedia mengharungi kempen Piala Suzuki AFF.
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan barisan pemain yang dipanggil kem latihan pusat skuad kebangsaan ketika ini sudah mencukupi bagi membawa cabaran negara dalam merealisasikan sasaran muncul juara Piala Suzuki AFF 2020.

Menurut Cheng Hoe, sasaran itu juga cabaran besar terhadap dirinya serta barisan kejurulatihan lain dalam usaha mempersiapkan pasukan.

“Bagi kita, itu cabaran besar dan kalau diberikan peluang kita juga mengharapkan suasana latihan dan perlawanan setiap hari dapat membantu para pemain meningkat dari segi prestasi dan keyakinan mereka.

“Lagi pun, kita tahu dalam tempoh dua tiga hari ini mereka masih lagi dalam proses pemulihan dan sesetengah pemain dalam keadaan keletihan, apa pun pemain perlu bersiap sedia dengan keyakinan yang tinggi bagi mengharungi Piala Suzuki AFF kali ini,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut mengesahkan dua tonggak Kuala Lumpur City FC (KL City), Akram Mahinan dan Kenny Pallraj tidak bersama Harimau Malaya ke Singapura itu selepas kedua-duanya mengalami kecederaan.

Sementara itu, pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid berharap dapat kembali ke tahap prestasi terbaiknya bagi membantu skuad negara merealisasikan sasaran untuk muncul juara kali ini.

Katanya, persaingan merebut tempat dalam kesebelasan pasukan disifatkan sebagai sesuatu yang positif.

“Lagi pun kita bukan selalu di atas dan ada kala kita di bawah dan sekarang ini pun saya mula dapat feel macam mula-mula nak main bola dahulu,” katanya.

Artikel Berkaitan: