Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India

Aaron-Wooi Yik tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka India 2026 selepas tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.
Aaron-Wooi Yik tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka India 2026 selepas tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.
A
A
A

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka India 2026 selepas tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita, di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, malam ini.

Sebagai pilihan kedua, Aaron-Wooi Yik tewas 10-21, 21-13, 11-21 dalam perlawanan selama 44 minit, menandakan kekalahan pertama mereka kepada pasangan Jepun itu selepas kemenangan pertama dicatat pada Mei tahun lepas.

Dalam set pembukaan, Aaron-Wooi Yik dilihat sukar mengekalkan rentak permainan apabila pihak lawan menguasai tempo dengan permainan di jaring yang tajam serta pertahanan mantap.

Bagaimanapun, pasangan nombor dua dunia itu bangkit dengan cemerlang pada set kedua apabila berjaya memperkemas pertahanan dan meningkatkan tempo permainan bagi memaksa perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan Midorikawa-Yamashita kembali menguasai permainan dengan mendahului sejak awal dan mengekalkan ketenangan untuk menamatkan perlawanan sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir.

Kejohanan berstatus 750 itu menawarkan hadiah AS$950,000 (RM3.8 juta) dan Aaron-Wooi Yik, selaku layak ke separuh akhir, membawa pulang hadiah wang tunaiAS$13,300 (RM53,958). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka India 2026
  • Tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita
  • Perlawanan berlangsung selama 44 minit dengan keputusan 10-21, 21-13, 11-21
  • Pasangan nombor dua dunia itu bangkit pada set kedua namun gagal di set penentuan
  • Membawa pulang hadiah wang tunai USD13,300 (RM53,958)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!