Harimau Malaya jumpa Korea Selatan, Jordan dan Bahrain

Skuad Harimau Malaya diundi bersama Korea Selatan dalam kumpulan E.
Skuad Harimau Malaya diundi bersama Korea Selatan dalam kumpulan E.
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya berdepan cabaran sukar dalam aksi Piala Asia selepas diundi bertemu juara dua kali, Korea Selatan dalam Kumpulan E pada majlis undian rasmi yang berlangsung di Katara Opera House, Doha di Qatar pada Khamis.

Selain Korea Selatan, skuad bimbingan Kim Pan-gon itu juga perlu berdepan pasukan di ranking ke-84 dunia iaitu Jordan dan Bahrain dalam aksi yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari tahun depan.

Ia sekali gus menjadi tugas getir buat Harimau Malaya dalam usaha untuk cuba mencipta kejutan dalam penampilan keempat di Piala Asia itu.

Sebelum ini, skuad negara mencipta sensasi apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun tahun lalu.

Ia selepas Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.