X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

AS sahkan kesan kes pertama varian Omicron

Amerika Syarikat mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 Omicron.
A
A

WASHINGTON- Amerika Syarikat mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 Omicron, pada Rabu.

Kes berkenaan ditemukan pada pesakit yang telah lengkap vaksin serta mengunjungi Afrika Selatan pada 22 November lalu dan disahkan positif tujuh hari kemudian.

Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat Dr Anthony Fauci berkata, pesakit itu telah menerima vaksin sepenuhnya, namun belum mendapatkan dos penggalak.

Jelasnya, pesakit berkenaan kini sedang menjalani kuarantin dan semua kontak rapatnya telah diuji negatif, setakat ini.

"Jabatan Kesihatan Awam California dan San Francisco dan CDC telah mengesahkan bahawa kes Covid-19 baru-baru ini dalam kalangan individu di California disebabkan oleh varian Omicron.

"Penjujukan genomik telah dijalankan di Universiti California di San Francisco, dan urutan itu telah disahkan di CDC sebagai konsisten dengan varian Omicron," katanya.

Fauci yang juga Ketua Penasihat Perubatan kepada Presiden Amerika Syarikat berkata, ia mungkin mengambil masa dua minggu atau lebih untuk mendapatkan gambaran tentang betapa mudahnya varian itu merebak dari individu ke individu, betapa teruk penyakit yang ditimbulkannya dan sama ada ia boleh memintas perlindungan yang disediakan oleh vaksin yang tersedia pada masa ini.

Jelasnya, tiada maklumat yang mencukupi setakat ini mengenai varian itu, tetapi profil molekul varian tersebut mencadangkan bahawa ia mungkin lebih mudah ditularkan.

Setakat ini, varian Omicron telah ditemui di lebih 20 negara. -Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!