Sila log masuk terlebih dahulu.

Padah buang sampah, syarikat pengangkutan didenda RM2,000

Padah membuang sampah di Jalan Teluk Mengkuang, Telok Panglima Garang bulan lalu, sebuah syarikat pengangkutan didenda RM2,000 oleh Majistret Mahkamah Telok Datok pada Selasa.
Padah membuang sampah di Jalan Teluk Mengkuang, Telok Panglima Garang bulan lalu, sebuah syarikat pengangkutan didenda RM2,000 oleh Majistret Mahkamah Telok Datok pada Selasa.
A
A
A

BANTING - Padah membuang sampah di Jalan Teluk Mengkuang, Telok Panglima Garang bulan lalu, sebuah syarikat pengangkutan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada Selasa.

Syarikat itu yang diwakili seorang lelaki berusia 50 tahun, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didapati membuang sampah menggunakan lori di lokasi itu pada 27 Oktober lalu.

Lori yang penuh dengan muatan sampah itu kemudiannya disita oleh Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Syarikat itu didakwa mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 4, UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007, yang memperuntukkan hukuman denda maksima sebanyak RM2,000 atau penjara.

Selain itu, pihak MPKL telah menyita lori syarikat tersebut selama sebulan 20 hari dan tertuduh telah membayar kos tuntutan sitaan lori sebanyak RM3,000 bagi kos simpanan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Abdul Manap.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, MPKL sering mengingatkan agar individu atau syarikat, supaya tidak membuang sampah sewenang-wenangnya di daerah ini.

Menurutnya, MPKL akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat sehingga ke Mahkamah.

"Semua penduduk perlu memainkan peranan agar kita dapat menjaga kebersihan demi keindahan, keharmonian dan kebestarian Kuala Langat," katanya.