X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Selangor sedia peruntukan RM1.2 juta menerusi Suka

Siti Mariah
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi pelaksanaan program Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) pada tahun ini.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM50,000 telah digunakan bagi tujuan latihan kepada koordinator dan ahli program berkenaan.

Beliau berkata, selain itu, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor juga menerima peruntukan sebanyak RM18,000 bagi menjalankan aktiviti dan program berkaitan.

"Baki peruntukan menerusi program ini akan digunakan bagi tujuan pembelian vest, kit sukarelawan dan aktiviti Suka di seluruh negeri ini," katanya dalam Sidang DUN Selangor yang berlangsung pada Selasa.

Siti Mariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tony Leong Tuck Chee (Pandamaran-DAP) berhubung jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan negeri menerusi program Suka.

Dalam pada itu, Siti Mariah berkata, peranan Suka tidak hanya dihadkan kepada membantu aspek pencegahan dan rawatan Covid-19 namun merangkumi aspek kesihatan lain.

"Antara objektif penubuhan Suka adalah bagi membantu mengurangkan insiden penyakit berjangkit atau tidak berjangkit dan mempromosi budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat," katanya

Tambah beliau, peranan program berkenaan juga akan dipertingkatkan dengan pelbagai aktiviti bersesuaian yang berfokus kepada beberapa aspek ditetapkan.

"Peranan Suka sewaktu endemik akan ditumpukan kepada advokasi dan kempen berkenaan kesihatan persekitaran sesuai dengan Pelan Tindakan State Environment Health Action Plan (Sehap)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!