X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

2,000 pelajar terima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime

Gimik penyerahan replika cek sumbangan akaun Simpan SSPN Prime daripada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man (dua, kanan) kepada Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad (kiri) berjumlah RM 100,000.
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Ahli Parlimen Kubang Kerian menyumbang sebanyak RM100,000 kepada 2,000 pelajar dengan masing-masing menerima RM50 yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN Prime.

Menurut kenyataan pada Sabtu, sumbangan yang diberikan adalah sebagai galakan kepada ibu bapa dan anak-anak supaya memulakan tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi pada masa hadapan.

“Majlis penyampaian sumbangan akaun Simpan SSPN Prime telah diadakan pada 27 November 2021 di Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Kelantan.

“Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyempurnakan majlis ini dengan gimik penyerahan replika cek kepada Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad,'' kata kenyataan tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri Kelantan, Azrul Akmal Mamat.

Menurut kenyataan itu, pejabat Ahli Parlimen Kubang Kerian adalah yang pertama di Kelantan memberikan sumbangan akuan SSPN Prime untuk kebajikan pelajar di kawasan Parlimen berkenaan.

Jelas kenyataan tersebut, pemberian tersebut jelas menunjukkan keprihatinan dan sokongan padu pelbagai pihak khususnya ahli Parlimen berkenaan dalam aspek pendidikan.

“Semoga usaha ini menjadi contoh dan ikutan kepada pejabat ahli Parlimen lain bagi memastikan anak-anak Malaysia mempunyai tabung simpanan terbaik untuk masa depan pendidikan mereka.

“Simpan SSPN Prime merupakan produk simpanan pendidikan di bawah PTPTN yang menyediakan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia.

“Antara kelebihan akaun Simpan SSPN adalah kadar dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih hingga RM8,000 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, perlindungan takaful secara percuma, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,” ujarnya.

Maklumat lanjut untuk pembukaan akaun baharu Simpan SSPN Prime orang ramai boleh melayari www.lovesspn.com.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!